7 RAHASIA PERNIKAHAN
Tuesday, November 13, 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
PERNIKAHAN/Perkahwinan…
Siapa di grup ini yang tidak mahu menikah..?
Sudah semestinya semua orang ingin berumah tangga. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahasia tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang saya copas dan alih bahasa dari grup lain untuk tatapan kita semua.
1.Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat / keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah menikah seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Di galakkan berumah tangga meliputi semua lapisan masyarakat miskin ataupun kaya.
Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Barangsiapa yang meninggalkan perkawinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah (Harga diri)
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui pernikahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, barangsiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia menikah, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya, Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkawinan lahir disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Semoga Bermanfaat
Sahabat suka dengan artikel "7 RAHASIA PERNIKAHAN" atau merasa bermanfaat? Jika ya, Sahabat bisa membagikannya dengan cara meng-klick tombol Plus One yang ada di samping, atau tombol Facebook dibawah ini. Tengkyu

0 komentar — Skip to Comment
Post a Comment — or Back to TOP
Silahkan berkomentar dengan sopan. Tidak diperkenankan memasukan link di dalam isi komentar dan Komentar yang berbau SPAM akan dihapus, Terima kasih